Undi Pas Pru14

Undi Pas Pru14

Breaking

Sunday, May 6, 2018

Kecoh kisah Nik Adli anak Almarhum Tok Guru Nik Aziz

May 06, 2018 0
Kecoh kisah Nik Adli anak Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Kecoh kisah Nik Adli anak Almarhum Tok Guru Nik Aziz cuba menghalang Mahathir mengunjungi pusara Mursyidul Am PAS itu. Ramai penyokong PH mengecam beliau, tapi tahukah mereka siapa Nik Adli ini sebenarnya?
Nik Adli Nik Abdul Aziz ini pernah ditahan pada 4 Ogos 2001 dibawah Seksyen 73 (1) Akta ISA atas tuduhan mengetuai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia ketika itu ialah Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia terkejut kerana ia melibatkan anak Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penahanan itu jelas sebagai cubaan Mahathir mengaitkan PAS terutamanya Tok Guru Nik Aziz dengan aktiviti pengganas.
"Tok Guru Nik Aziz redha dengan penahanan anaknya, sebagai sebahagian dari ujian Allah s.w.t. terhadap beliau dan keluarganya. Namun, beliau tetap memberi ingat kepada semua pihak yang bertanggungjawab. Samada menteri, ataupun orang politik, ataupun sesiapa sahaja. Sebagai seorang bapa, beliau akan menuntut haknya di depan Allah s.w.t. di akhirat kelak. Oleh kerana beliau dan keluarganya jelas dizalimi dalam hal ini, maka apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. kelak, beliau akan memohon pengadilan. Kalau perlu dipijak dan diinjak muka mereka yang bertanggungjawab dan tali barutnya sekali, akan beliau lakukan dihadapan Kadhi Rabbul Jalil itu. " - kata Annual Bakri Haron, bekas Setiausaha politik Too Guru.
Selain itu Tok Guru juga pernah berkata;
“Saya tidak akan pergi menemui Nik Adli dan merayu pihak atasan bagi sebuah pertuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Sudahlah gagal dibuktikan, gambar anak (saya), Nik Adli digunakan sebagai simbol militan dalam salah satu modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),”
"Tindakan pihak yang menyediakan modul tersebut jelas sesuatu yang mendukacitakan. Dia masih belum dibuktikan di mahkamah sebagai pengganas, mana boleh? Kalau benar orang yang buat itu (menyediakan modul yang menggambarkan Nik Adli pengganas) sebagai seorang yang bertanggungjawab, dia kena minta maaf kepada saya, isteri saya dan anak saya,” - Kata Tok Guru lagi.
“Macam mana boleh kata anak saya pengganas sedangkan tidak ada mana-mana mahkamah pun yang sabitkan anak saya sebagai pengganas,'' bentaknya pada kuliah mingguan Jumaat pada 25 Februari 2006.
Setiap kali teringat pada Nik Adli air Mata Tok Guru akan tumpah. Hatinya pilu setiap kali tiba Hari Raya kerana melihat dua cucunya beraya tanpa ayah mereka disisi selama 5 tahun.
Selepas 5 tahun dipenjara, Nik Adli akhirnya dibebaskan daripada tahanan Akta ISA Malaysia, pada 18 Oktober 2006 , seminggu sebelum hari raya aidil fitri pada 24 Oktober 2006 oleh Pak Lah yang mengantikan Mahathir sebagai PM.
Nik Adli menjadi mangsa kezaliman Mahathir akibat dendamnya kepada Tok Guru Nik Aziz yang merampas Kelantan dari BN sejak 1990. Nik Adli dipisahkan 5 tahun dari isteri dan dua anak kecilnya serta bapa kesayangannya walaupun tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kita tidak duduk terkurung 5 tahun dalam penjara ISA tanpa perbicaraan macam beliau, jadi jangan memandai-mandai fitnah dia lagi.
Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika Nik Adli melakukan tindakan menghalang Mahathir mengunjungi pusara Mursyidul Am PAS itu. Bukan semua orang-orang yang dizalimi dapat melupakan kezaliman Mahathir, apatah lagi hasrat menziarahi pusara Tok Guru itu lebih kepada political stunt untuk menagih sokongan dan simpati sempena PRU14.

Mmg betul pun Tun M boneka DAP

May 06, 2018 0
Mmg betul pun Tun M boneka DAP

Monday, April 23, 2018

Tian tiada tempat lain yg lebih layak buat manusia berprinsip teguh seperti anda melainkan Pas

April 23, 2018 0
Tian tiada tempat lain yg lebih layak buat manusia berprinsip teguh seperti anda melainkan Pas


Dalam ramai² pemimpin dlm Pkr yg sy kenali, tiada siapa yg sy lebih hormati berbanding Tian Chua. Seorg yg sgt humble namun teguh pendirian. Penderitaannya semasa era reformasi menentang mahathir merupakan satu lagenda yg sentiasa diulangcerita sehingga kini. Bagaimana beliau baring atas jalan utk menghalang kemaraan trak FRU drpd mengejar demonstran, bagaimana beliau dibelasah teruk hingga dimasukkan ke hospital..banyak lagi.
Kenapakah beliau berjuang? Kerana beliau percaya sistem dalam negara ini WAJIB DIREFORM. Wajib dibetulkan. Beliau tak nampak mahathir vs anwar ketika itu sekadar ketidakadilan ke atas anwar, namun beliau nampak inilah kemuncak simbol diktatoris mahathir. Dan diktatorisme mahathir MESTI BERAKHIR.
Namun malangnya, bila kini Pkr yg merupakan darah daging beliau sendiri melutut dan menjilat mahathir yg sama mereka tentangi sekian lama, prinsip reformasi bukan sahaja milik Tian namun milik semua ahli Pkr teruji. Mereka MALU. Segala perjuangan mereka seolah² diflush dalam jamban. Sia²!
Mereka cuba memujuk diri mereka kononnya "x mengapalah..kita geng mahathir for a greater cause" namun sy yakin sgt, mereka tahu yg mereka sebenarnya melakukan satu kesilapan. Mereka tahu mereka menjual maruah mereka dgn harga yg sebegitu murah. Segala kahak kembali dijilat.
Dan sy yakin, Tian berbelah bagi. Antara setianya kepada partinya, atau setianya beliau terhadap prinsip yg beliau perjuangkan selama ini. Sy tahu, Tian pastinya lebih utamakan prinsip. Beliau tahu, apa guna jatuhkan najib dan menaikkan tok guru kpd najib? Mana reformasinya jika begitu?
Kerana itu, sy sgt yakin satu hari nnt jika Pkr masih melutut kpd mahathir, Tian akan keluar. Dan Tian, tiada tempat lain yg lebih layak buat manusia berprinsip teguh seperti anda melainkan Pas.