NIK ABDUH SAMBUT ORANG YANG MEMFITNAHNYA (HUSAM) DENGAN MESRA - Undi Pas Pru14

Sunday, April 15, 2018

NIK ABDUH SAMBUT ORANG YANG MEMFITNAHNYA (HUSAM) DENGAN MESRA


NIK ABDUH SAMBUT ORANG YANG MEMFITNAHNYA (HUSAM) DENGAN MESRA
Termenung saya membaca tulisan Mohd Sayuti Omar kali ini. Jenuh saya mencari bait-bait asakkan dan fitnah yang selalu penulis upahan Husam ini nukilkan bila bicara tentang Nik Abduh.
Pertemuan Nik Abduh dengan makhluk yang paling kuat memfitnahnya - Husam Musa di majlis kenduri anak Abdul Fatah Haron ( YDP PAS Rantau Panjang), sangat menarik perhatian ramai.
Malah dalam tulisan Sayuti, beliau seolah-olah mengharapkan adanya satu drama perdebatan panas berlaku dalam pertemuan ini. Namun segalanya meleset kerana Nik Abduh yang juga menantu Abdul Fatah, melayani Husam dengan penuh mesra seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Tulisan Sayuti akhirnya bertukar kepada naratif yang lebih positif yang mengambarkan akhlak mulia Nik Abduh.
Malah biras Nik Abduh, Arifahmi yang pernah menjadi mangsa serang Husam juga hadir dan bersalaman dengan Husam. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku selama ini antara merekavdan Husam.
Beginilah akhlak anak-anak Almarhum TG Nik Aziz yang sangat tenang dan professional dalam melayani musuh politiknya. Orang lain mungkin belum tentu mampu bersikap sebegini jika bertemu musuh mereka.
Kita tengok pemain bola sahaja sudah cukup. Bila jumpa musuh mereka dipadang, Salam pun taknak. Jauh sekali nak bermesra macam ini.
Apa pun, diharapkan Husam belajar sesuatu dari pertemuan ini. Insan-insan yang difitnahnya tidak berdendam kerana mereka tak rugi apa pun. Semakin DIFITNAH, semakin banyak pahala mereka kumpul. Sebab itulah Nik Abduh boleh tenang dan senyum gembira.
Tahniah Ust Nik Abduh kerana mengajar kami akhlak ini.
Herman Samsudeen
Gombak Setia
15 April 2018









No comments:

Post a Comment