Sunday, April 15, 2018

PENYALAHGUNAAN DANA NEGERI UNTUK PROJEK KERAJAAN PUSAT


*BONGKAR ISU (16)*
*PENYALAHGUNAAN DANA NEGERI UNTUK PROJEK KERAJAAN PUSAT.*
Kerajaan Pusat telah memiliki kekayaan dan kewangan yang dikumpulkan daripada hasil yang dikutip daripada rakyat Terengganu khususnya dan petroleum di lautan Negeri Terengganu.
Lanjutan daripada itu. Kerajaan Pusat bertanggungjawab menyalurkan semula untuk rakyat Terengganu. Penyalahgunaan dana Negeri Terengganu telah berlaku untuk projek-projek Kerajaan Pusat. Antaranya :
*1- Naik taraf landasan kapal terbang sebanyak RM530 juta.*
*2- Naik taraf Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebanyak RM 130 juta.*
*3- Benteng pemecah ombak sebanyak RM 509 juta.*
*4- Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) sebanyak RM 1,800 juta.*
*5- Kompleks Sukan Terengganu sebanyak RM 544 juta* dibelanja daripada duit Terengganu. (Perdana Menteri Malaysia membentang bajet 2018 sebanyak RM112 juta untuk pembinaan Kompleks Sukan seluruh negara).
*6- Kuarters Kastam di Pengkalan Gawi sebanyak RM 23.44 juta*.
*7- Kompleks Pentadbiran Kastam di Kenyir sebanyak RM 3.06 juta*.
*8- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggunakan RM 873* juta untuk projek perumahan di seluruh negara.
*Sekira-kira RM 4,412.5 juta ( 4.4 bilion) telah digunakan daripada dana Negeri Terengganu untuk projek-projek Pusat.*
Pemimpin BN kata : "Apa salahnya, kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat adalah sama. BN yang memerintah kedua-duanya."
Jawapannya : "Duit kerajaan adalah duit rakyat, bukan duit BN. Perlembagaan Malaysia telah membahagikan bidangkuasa kerajaan Negeri dan Pusat. Perlanggaran bidangkuasa ini membuktikan tidak amanah dan tidak cekap dalam mengurus dana Negeri dan kepentingan rakyat."
Kerajaan Negeri memerlukan kewangan yang besar untuk memenuhi kepentingan rakyat Terengganu. Kerajaan Terengganu masih lagi berhutang sebanyak RM 918.5juta.
Betapa rakyat berhadapan kesulitan banjir setiap tahun dengan sebab masalah perparitan dan infrastruktur. Banyak projek untuk kepentingan rakyat diabaikan oleh Kerajaan Negeri. Sepatutnya dana Negeri Terengganu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.
Adakah kita hendak pertahankan BN yang khianat hak rakyat dan negeri Terengganu ? Fikirkanlah...
*USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH*
*Ketua Penerangan PAS Terengganu.*
*28 rejab 1439H / 15 april 2018*

No comments:

Post a Comment