Dalam ramai² pemimpin dlm Pkr yg sy kenali, tiada siapa yg sy lebih hormati berbanding Tian Chua. Seorg yg sgt humble namun teguh pendirian. Penderitaannya semasa era reformasi menentang mahathir merupakan satu lagenda yg sentiasa diulangcerita sehingga kini. Bagaimana beliau baring atas jalan utk menghalang kemaraan trak FRU drpd mengejar demonstran, bagaimana beliau dibelasah teruk hingga dimasukkan ke hospital..banyak lagi.
Kenapakah beliau berjuang? Kerana beliau percaya sistem dalam negara ini WAJIB DIREFORM. Wajib dibetulkan. Beliau tak nampak mahathir vs anwar ketika itu sekadar ketidakadilan ke atas anwar, namun beliau nampak inilah kemuncak simbol diktatoris mahathir. Dan diktatorisme mahathir MESTI BERAKHIR.
Namun malangnya, bila kini Pkr yg merupakan darah daging beliau sendiri melutut dan menjilat mahathir yg sama mereka tentangi sekian lama, prinsip reformasi bukan sahaja milik Tian namun milik semua ahli Pkr teruji. Mereka MALU. Segala perjuangan mereka seolah² diflush dalam jamban. Sia²!
Mereka cuba memujuk diri mereka kononnya "x mengapalah..kita geng mahathir for a greater cause" namun sy yakin sgt, mereka tahu yg mereka sebenarnya melakukan satu kesilapan. Mereka tahu mereka menjual maruah mereka dgn harga yg sebegitu murah. Segala kahak kembali dijilat.
Dan sy yakin, Tian berbelah bagi. Antara setianya kepada partinya, atau setianya beliau terhadap prinsip yg beliau perjuangkan selama ini. Sy tahu, Tian pastinya lebih utamakan prinsip. Beliau tahu, apa guna jatuhkan najib dan menaikkan tok guru kpd najib? Mana reformasinya jika begitu?
Kerana itu, sy sgt yakin satu hari nnt jika Pkr masih melutut kpd mahathir, Tian akan keluar. Dan Tian, tiada tempat lain yg lebih layak buat manusia berprinsip teguh seperti anda melainkan Pas.
No comments:
Post a Comment