Saturday, April 14, 2018

Tolak IKRAM dan ABIM yang menguasai PAN sekarang


Kepada sahabat-sahabatku dan saudara maraku dalam IKRAM dan ABIM:
1. Anda sedari betapa jauhnya tindakan pemimpin PKR terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dari Keadilan Islam ketika Langkah Kajang.
2. Anda sedari kebersamaan pemimpin Sisters In Islam(SIS), BEBAS, BERSIH, IRF, G25, dan COMANGO terhadap PKR dan PAKATAN HARAPAN.
3. Anda sedari kenyataan pemimpin DAP terhadap Islam. Kenyataan demi kenyataan yang menyanggahi usaha jemaah Islam seperti kita yang mahu Rakyat dan Negara merasai nikmat Islam yang sebenar.
4. Anda sedari senarai panjang skandal Tun Mahathir ketika memerintah Negara ini yang masih belum diadili serta beberapa kenyataan songsang beliau terhadap Islam khususnya terhadap usaha-usaha kita untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355.
5. Anda sedari sanggahan segelintir pemimpin PAKATAN HARAPAN terhadap Istana selaku Ketua Agama Negeri.
6. Anda sedari kenyataan pemimpin tertentu dari PAKATAN HARAPAN dan NGO tertentu khususnya dari G25 terhadap pusat pendidikan Islam dan tenaga pengajarnya.
Dalam keadaan anda sedar dan tahu, wajarkah sebuah jemaah Islam seperti anda, seperti saya berganding bahu untuk diangkat golongan seperti di atas ke tampuk kuasa?
Tahukah anda akibatnya kepada Umat Islam jika dasar dan polisi Kerajaan yang berkuasa nanti khususnya yang berkaitrapat dengan kepentingan Umat Islam dirombak untuk memenuhi kehendak golongan di atas?
Adakah sikap kita untuk menyokong mereka adalah jalan yang pernah dipilih Junjungan Baginda S.A.W dan para sahabat?
Kemungkaran tidak boleh ditundukkan dengan kemungkaran wahai sahabat-sahabatku. Jika Ya, tidak ada bezanya kita dengan mereka.
Islam perlu memimpin, bukan dipimpin oleh mereka-mereka yang mahu Islam hanya di pintu masjid dan surau-surau.
Marilah bersama PAS dan GAGASAN SEJAHTERA, supaya kita dapat sama-sama selamatkan Rakyat dan Negara dengan Islam. Hanya dengan kebaikan sahaja segala kemungkaran dapat kita tundukkan insyaAllah.
Ustazah DrUswah Tahir
Ustazah Nafisah Tahir

No comments:

Post a Comment