AKHIRNYA NIK OMAR DEDAH PENIPUAN PAN - Undi Pas Pru14

Sunday, April 15, 2018

AKHIRNYA NIK OMAR DEDAH PENIPUAN PAN


AKHIRNYA NIK OMAR DEDAH PENIPUAN PAN
2016, Salahuddin Ayub kata Nik Omar Nik Abdul Aziz sah sertai PAN.
2018, Wan Rahim kata sedang berunding dengan Nik Omar untuk beliau menjadi calon PAN di DUN Chempaka. Malah sebelum itu Wan Rahim berkata Nik Omar calon MB Kelantan jika Pakatan menang.
15 April 2018, akhirnya Nik Omar buka mulut dan menafikan segala dakwaan yang mengaitkan beliau dengan PAN.
“Setakat ini tidak akan menyertai Amanah dan bertanding,” - kata Nik Omar
Akhirnya teka teki berhubung status anak TGNA ini terjawab dan jelaslah pemimpin PAN seperti Salahuddin, Wan Rahim dan Husam yang sering mengaitkan beliau dengan PAN adalah pembohong.
Jelaslah niat sebenar mereka adalah untuk meraih sokongan dari rakyat Kelantan dengan menjual nama "Nik Omar" disana sini.
Sebelum ini adiknya Nik Abduh sudah berulang kali menafikan berita ini, namun pemimpin PAN ini buat muka tidak malu dan masih menjual nama beliau.
Semua anak-anak TGNA mempunyai keperibadian yang tinggi. Walaupun nama mereka dijaja, difitnah disana sini mereka tidak panik. Mereka tak layan. Tapi bila berjumpa dengan ahli-ahli PAN mereka sentiasa mesra.
Lihat bagaimana Nik Abduh layan Husam ketika berkunjung ke Majlis keluarga Fatah Haron. Mesra dan tidak bermasam muka. Begitu juga dengan Nik Omar bila jumpa ahli PAN, cukup mesra hingga ahli-ahli PAN sebar gambar beliau bersama mereka.
Namun PAN tersilap menilai kemesraan beliau ini dan anggap beliau sokong PAN.
Ada yang tanya kenapa baru hari ini beliau respon walaupun isu ini sudah lama dimainkan oleh PAN. Bagi saya, itu hak beliau berdiam atau tidak. Tapi tanggungjawab orang yang buat cerita tunjuk bukti jika dakwaan mereka benar.
Hingga ke hari ini Salahuddin tak mampu tunjuk borang keahlian Nik Omar. Hingga ke hari ini PAN Kelantan tak mampu bawa Nik Omar berceramah dipentas mereka untuk serang PAS.
Mungkin ada perbezaan pendapatan antara anak-anak TGNA. Namun isu rakaman suara Nik Abduh terima rasuah membuka pekung fitnah dan penipuan Husam dan pemimpin PAN yang lain.
Pastinya bukan Nik Omar sahaja buka mata, malah rakyat Kelantan juga sudah jelas kini bahawa PAN hanya pandai reka cerita dan sebarkan fitnah sahaja.
Semoga Allah rahmati anak-anak TGNA. Al-fatihah buat Almarhum TG Nik Abd Aziz
Herman Samsudeen
Sri Gombak
15 April 2018

No comments:

Post a Comment